Bahagia

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ~ Imam Al-Ghazali

Takdir

Jika seorang hamba tahu maksud di sebalik takdir yang ditetapkan kepadanya, pasti ia akan menangis kerana telah berburuk sangka kepada Allah. Syiekh Mutawalli Asy-Sya’rawi

Lelah

Jangan lelahkan dirimu dengan memikirkan apa yang mereka ucapkan tentangmu. Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu dan itu sudah cukup bagimu. ~ Syiekh Mutawalli Asy-Sya’rawi

Nasihat

Biasakan untuk mendengar nasihat. Sesungguhnya hati ketika kosong dari nasihat, maka akan menjadi buta. ~ Syiekh Abdul Qadir al-Jailani

Lisan

Siapa yang tidak menjaga lisannya, maka dia tidak boleh memahami agamanya. ~ Imam Hassan Al-Bashri

Nisfu Syaaban

Mu‘az bin Jabal R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Syaaban, kemudian Dia mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.

Terburuk

Kesalahan terburuk kita adalah tertariknya kita pada kesalahan orang lain. ~ Ali Bin Abi Thalib RA

Diam

Andai orang-orang bodoh tidak banyak bicara, nescaya perselisihan di antara manusia mereda. ~ Imam Al-Ghazali

Dosa

Jika seseorang itu bijak, perhatiannya atas dosanya sendiri akan mengalihkan perhatiannya dari menilai kesalahan orang lain. ~ Imam Syafi’i

Hati

Perbaikilah hatimu. Jika hati telah baik, segala tingkah laku mu akan turut menjadi baik. ~ Syiekh Abdul Qadir Al-Jailani