Kesucian Batin Teramat Penting

بسم الله الرحمن الرحيم Semakin jauh satu-satu zaman itu dari Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم dan Sahabat-sahabat رضي الله عنهم maka sekadar itulah akan berlaku kemalapan dalam cahaya kerohanian dan kelemahan dalam pembentukan kaifiyat hati. Disebabkan hati dan tabiat manusia telah cenderung ke arah kebendaan maka pada zaman mutakhir ini gerak usaha yang gigih amat diperlukan untuk pembentukan rohani dan kaifiyat hati. Seperti sebuah bekas akan dibersihkan mengikut kadar kotoran yang melekat padanya. Sekiranya kotoran itu biasa sahaja maka cara basuhan biasa sahaja. Penggunaan air akan bertukar kepada sabun dan seterusnya kepada tanah sekiranya kesan kotoran itu bertambah berat. Begitu juga cara gosok dan sentalnya juga akan berubah disebabkan berbezanya kadar kotoran itu. ...

September 23, 2025 · 9 min · Maulana Mohd Haruzy Bin Abu Bakar