Depan

Jumpa Doktor


Rusdy Ahmad Umum Bacaan 1 minit 40 saat


Bukan main awal aku sampai klinik. Appointment pukul dua. Pukul satu aku dah siap dapat nombor.

Berat selepas raya 84kg tadi 77kg. Power nak mampos.

Lepas ambil tekanan darah. Waktu ni MA takde lagi. Selepas pukul dua lebih dia akan panggil. Kata misi impossible.

Awak kena cek jantung tahu.

Aku pun duduk di ruangan menunggu. Nak main henpon bateri terlalu miskin. Jadi aku tengok manusia.

Dari situ aku nampak betapa zalimnya aku dengan penjagaan kesihatan.

Tepat jam 2.20 MA panggil. Rusdy Ahmad. Baring ya. Selak baju. Alatan seakan kontrasepsi diletak pada dua kaki, dua tangan dan disedut oleh ketulan kecil seluruh dada hingga ke tulang rusuk.

Jangan bergerak ya. Tak lama kemudian keluar salinan kertas yang penuh dengan graph seperti Google Analytics punya visitors. Jap saya tulis nama & pergi jumpa doktor, sambung MA.

Nombor giliran tertera pada pintu. Aku masuk dengan tenang & bersalaman dengan doktor lelaki. Awak masalah apa ya?

Hmmm.. Kencing manis doktor. Hari tu ada ambil darah? Ada sambung aku.

Bangun ke komputer dan menaip sesuatu dan dicetak keputusan darah sebelum ini.

Buah pinggang okay, kolestrol tinggi. Yang lain semua okay. Bacaan jantung pun okay.

Yang paling tak okay awak punya darah. Pelik ni. Dari keputusan denggi yang lepas-lepas kepekatan darah awak memang tinggi nak mampos. Minggu lepas punya keputusan kepekatan darah awak pun tinggi.

Ada masalah sesak nafas? Takde aku cakap.

Bahaya ni. Saya akan rujuk pakar di hospital Melaka dahulu. Tak silap gaya awak kena buang darah dalam badan. Aku terus melakukan head bangging.

Ini bukan masalah awak hisap rokok atau sebagainya. Ini ada masalah lain. Aku pun cakap. Masalah saya tak minum air masak banyak doktor. Sehari segelas dua je.

Lalu doktor memanjat meja & melakukan terbangan ke atas badan aku. Sambi dikira 1, 2 & 3 oleh staff nurse. Rasakan! Minum air banyak-banyak. Air masak tu!

Menulis 3 surat temu janji. Ni jangan kau tak datang. Keluar! kesat air mata. Sikat rambut.

Aku pun terus berlalu keluar mengambil tarikh baru untuk temu janji seterusnya.

Sampai ke rumah aku tibai nasi ayam dua pinggan.

Jaga lah kesihatan!