Kebabian Chrome Redirect ke HTTPS


Antara kebabian yang paling teserlah pada Google Chrome redirection ke https. Bila nak buka semula web tanpa https memang menyakitkan hati kerana keinginan sifat ke tempat asal begitu tinggi.

Situasi berlaku sekiranya membuka pautan dari Whatsapp.

Kejadian begini boleh dibaiki dengan beberapa klik pada browser.

Pertama taip chrome://net-internals dan pilih HSTS serta masukan nama domain yang degil itu dan hapus.

Kedua buka Developer Tools dan ke Settings. Pada bahagian Preferences lihat Network dan tanda Disable cache (while DevTools is open).

Melepaskan babi ini satu kenikmatan untuk sepanjang hari.

Rusdy Ahmad Internet Bacaan 26 saat