Depan

Cita-Cita Power


Rusdy Ahmad Umum Bacaan 1 minit 8 saat


Banyak tahun dah aku follow berkenaan bank data feeds.

Banyak SaaS service guna benda alah ni. Xero, WaveApp, Mint dan lain-lain.

Contoh Waveapps.com

Kau boleh connect akaun Maybank atau CIMB dan sistem akan automatik import semua transaksi.

Akauntan syarikat tak payah nak ada akses bank dah. Kita cuma bagi report dari Waveapp pada dia orang.

Semua transaksi keluar masuk boleh print / export dari sana.

Aku pernah cuba connect bank Hong Leong guna Xero. Alhamdulillah kena block dengan sekali cubaan.

Waveapp guna Yodlee. Yodlee antara syarikat yang paling banyak boleh akses bank seluruh dunia.

Yodlee kau kena bayar lebih kurang RM50K duit muka. Kontrak 3 tahun dan RM15 satu akaun.

Tapi dengan dia orang ni kau boleh slow talk. PM tepi. Yakinkan dia dapat lah lagi murah.

Kau pun berangan la nak buat servis macam Mint, Xero dan sebagainya.

Sebulan kau kena letak harga RM30 satu langganan. Jadi dah boleh cover RM15. Baki RM15 untuk internal.

Berapa jumlah langganan perlu untuk terus hidup setiap bulan? Kau kiralah sendiri.

Dari sini kau boleh extend jadikan semi payment gateway. Orang transfer duit dan letak code tertentu pada rujukan.

Yodlee akan screening transaksi tu. Backend kau semak jika wujud kod tersebut bermakna bayaran adalah sah.

Ini diguna pakai oleh Luno.

Bagi aku model bisnes ni sangat tak relevan kalau kau nak mulakan bisnes dengan modal RM500.

Sila mati dengan cita-cita tu.