Depan

Asia Tenggara & eCommerce


Rusdy Ahmad Internet Bacaan 1 minit 11 saat


Tahu tak kenapa Lazada, Zalora dan lain-lain datang ke Asia Tenggara? Nun jauh dari German.

Market eCommerce di Asia Tenggara jauh lagi padu dari Eropah punya market.

Eropah banyak orang tua. Jenis dah pencen. Bersidai depan rumah. Dah tak main Facebook atau WeChat.

Asia Tenggara populasi orang muda lebih tinggi serta penggunaan internet sangat tinggi berbanding di sana.

Rocket Internet (Zalora & Lazada) tak boleh masuk market China. Jadi dia memusing haluan ke Asia Tenggara.

Tu pasal banyak Angel Investors ramai di Asia Tenggara. Populasi online di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapore, Thailand & Vietnam dah cukup mengatasi India punya statistik penggunaan Internet. Ini kau kena tahu.

Demografi umur muda di Asia Tenggara mengatasi China. China nampak jumlah penduduk ramai. Tapi demografi tu tewas dengan kehendak dalam 10 hingga 15 tahun akan datang berbanding Asia Tenggara. Asia Tenggara lubuk perniagaan online.

Bagusnya bila kampeni macam ni datang ke Asia Tenggara. Serba sedikit mengajar & membuka denai ecommerce.

Peniaga kecilan ni cuma lempar joran sahaja. Struktur asas pemahaman berkenaan eCommerce dah terbina sejak kewujudan mereka di sini.

Jack Ma ni kau ingat dia beli Lazada sebab kaya? Bukan. Segmen demografi (umur, pekerjaan & pendidikan) di Asia Tenggara cukup tinggi berbanding di China. China mengamalkan satu keluarga satu anak. Budak-budak baru nak up ni dah tak ramai.

Investor banyak melabur dalam industri eCommerce, consumer internet, payments & finance di Asia Tenggara.

Makin tua kependudukan sesebuah negara makin banyak industri kesihatan. Larangan merokok, jagalah tubuh badan mendapat tempat belah eropah.