Tanaman Fertigasi

Berjalan sekitar Facebook sungguh bermanfaat selain dari bermain Top Eleven sambil menaik taraf stadium & sebagainya.

Sebelum ini gua mempelajari ilmu alam ghaib berpandukan 100% Google. Alhamdulillah diterangkan hati dapat menguasainya dengan baik. Lalu terlantas difikiran kenapa tidak juga belajar alam pertanian melalui Google & Facebook. Ilmu teori yang luas di Internet & asas kemahiran hidup tingkatan tiga mungkin boleh diadaptasikan.

Gua mencari teknik bercucuk tanam dengan gaya bersahaja. Lalu ditemukan oleh teknik tanaman fertigasi. Teknik kawalan pemberian air & baja kepada tanaman secara automatik. Ya mudah didengar tapi belum tentu menjadi di pentas.

Nekad untuk mencuba, dan gua ditemukan satu laman web supplier untuk set percubaan fertigasi. Walaupun banyak laman web lain yang menyediakan set percubaan, tetapi Romatech Agro mendapat tempat di hati. Senang berkomunikasi di Facebook & sebarang pertanyaan sampingan cepat di jawab oleh beliau dan ini sangat kool.

Set Percubaan

  1. Gua order set percuba dari Facebook Romatech Agro RA-SM20 pada Jumaat

    Gambar ehsan dari Romatech Agro sebelum di hantar.

    Gambar ehsan dari Romatech Agro sebelum di hantar.

  2. Dan set percubaan tersebut sampai pada hari ini. Yahoo!. Set percubaan ini bernilai RM200 termasuk kos penghantaran.

    Set percubaan Fertigasi daripada Ramotech Agro beserta buku panduan.

    Set percubaan Fertigasi daripada Ramotech Agro beserta buku panduan.

  3. Petang tadi bersama anak gua ke kedai hardware untuk mencari batu-bata (50 biji) dan tangki air (80 gelen) lebih kurang 300 liter. Item ini dibeli dengan harga RM100.
    Tangki Air 300 liter

    Tangki Air 300 liter

    Batu-bata 50 biji

    Batu-bata 50 biji

  4. Di sekitar rumah pula ada kedai tanaman nurseri & memudahkan gua untuk mendapatkan coco peat dan barangan seangkatanya. RM9 untuk seguni coco peat.

    Coco peat 3 guni.

    Coco peat 3 guni.

  5. Kos keseluruhan adalah RM200 (set percubaan) + RM100 (batu-bata & tangki) + RM27 (coco peat) = RM327
  6. Kos ini mungkin lebih tinggi dari cara tanaman biasa. Namun ilmu, kesempitan & kelapangan lebih tinggi nilainya.

Semaian

  1. Untuk pakej RA-SM20 benih yang disertakan adalah Cili Kulai F1 568.
  2. Namun gua tambah benih lain seperti, cili api kampung, bendi, sawi, pak choy, terung & kobis.

    Biji benih cili, bendi, terung & sayuran.

    Biji benih cili, bendi, terung & sayuran.

  3. Untuk semaian, setelah dibaca & terus membaca terdapat pelbagai cara untuk menyemai. Ada menggunakan teknik A, ada B, ada C dan Z.
  4. Ramai yang menekankan benih harus direndam ke dalam air terlebih dahulu selama semalaman atau 4 hingga ke 8 jam. Benih yang baik akan tenggelam & benih yang rosak akan timbul. Namunpun begitu, tidak semua benih akan tenggalam.
  5. Ada juga yang menyatakan benih yang baik benih telah dirawat semasa penghasilannya. Maka tidak perlu direndam & boleh terus disemai ke atas tray.
  6. Gua mengambil langkah untuk merendam benih-benih semalaman. Ini yang telah dinyatakan pada cara penggunaan oleh Romatech Agro.

    Benih yang direndam.

    Benih yang direndam.

  7. Setelah benih direndam & dikeringkan aktiviti memasukan peatmoss ke dalam tray.

    Memasukan peatmoss ke dalam tray

    Memasukan peatmoss ke dalam tray


Nota : Kandungan & gambar rajah untuk entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga hasil tuaian pertama. Moga dipermudahkan.